16 August 2009

Apa Nak Jadi - further comment from Mekyam

Mekyam telah menambah ulasan tentang kedudukan masalah ketidak-seimbangan pelajar lelaki dan perempuan. Kali ini penulisannya dalam bahasa Melayu. Pakcik menyanbut baik ulasan yang boleh meluaskan pandangan tentang tajuk tajuk yang penting kepada kita. Beginilah Mekyam menambah:

"salam pakcik

amboi, komen saya yg tak seberapa telah diberikan sorotan! rasanya tak layak, tapi terima kasih banyak, pakcik. =)

tujuan saya menyampuk semata2 nak beritahu bahawa bilangan perempuan mengatasi bilangan lelaki di tahap pengajian tinggi ini bukan hanya unik kpd malaysia sahaja. tapi nampaknya ia telah menjadi trend seluruh dunia. merata2 situasi ini sedang dibincangkan.

tapi pada saya, ini hanya merupakan data umum. fakta yang boleh diterima bulat2 di sini hanyalah nisbah yg menunjukkan trend dan perbezaan dari segi bilangan sahaja. kesimpulan lain yang lebih khusus seperti adakah ia menunjukkan, misalnya, perbezaan antara keupayaan otak semula jadi antara lelaki dan perempuan, atau perbezaan sikap terhadap pelajaran antara lelaki dan perempuan, atau perubahan sikap ibu bapa terhadap menyokong pendidikan anak mereka telah bertukar menjadi lebih progresif, dsb, memerlukan banyak pembolehubah (variables) yang lain.

satu drp faktor pembolehubah yg diketengahkan sebagai harus diambil kira ialah jenis bidang dan ijazah yg diperoleh oleh pelajar lelaki dan perempuan.

setakat ini bidang sains ilmiah dan fizikal, iaitu hard sciences, masih dimajoritikan oleh pelajar lelaki. sebaliknya, bidang yg dipenuhi oleh pelajar perempuan (hingga terjejas graf lepasan pengajian tinggi lelaki/perempuan... hehehe!) adalah sains2 social yang dianggap sebagai soft sciences.

di kalangan akademia, hard sciences biasanya dianggap sebagai lebih saintifik, lebih berdisiplin, yakni lebih mementingkan ketepatan. hard sciences juga memerlukan kemahiran matematik dan ketangkasan daya analisis.

walaupun banyak bidang dalam social sciences juga tidak kurang mementingkan kerapian akal, tetapi sekarang ramai berpendapat bahawa telah terlalu banyak bercambah bidang2 di dalamnya yg dianggap tidak langsung memerlukan ketangkasan daya fikir yang lebih rapi dan tajam. [saya yg bekelulusan sains sosial ini tentu sekali menyangkal habis2an dakwaan ini! ;D]

selain itu, ada juga yg mengutarakan perbezaan yg mungkin terdapat dalam cara pendekatan terhadap pembelajaran antara lelaki dan perempuan, terutama di peringkat umur sebelum belasan tahun, sebagai satu lagi pembolehubah yang harus dikaji.

perbezaan ini mungkin dari segi cara kanak2 dibesarkan dan disosialisasikan dan tidak dari segi biologi. namun keketaraan yang ada telah menyebabkan ada golongan yang mencadangkan persekolahan kanak2 di peringkat rendah diasingkan dahulu (seperti zaman dahulu) dan pendidikan secara co-ed (lelaki-perempuan bercampur) dimulakan hanya di peringkat menengah untuk menangani fenomena baru ini.

terpulanglah kepada individu untuk membuat kesimpulan sendiri daripada perkara2 yg telah diutarakan di atas. saya sekadar menyampaikan sahaja.

salam menyambut ramadan mulia kpd pakcik dan keluarga, termasuk keluarga al-manar"


Ribuan terima-kasih, Mekyam. Selamat menyambut puasa

13 comments:

Kama said...

Salam Pak Cik. I have always been a fan of your site, and of Mekyam's comments. Mekyam sentiasa bernas dalam komentarnya (save for those yang sengaja written in jest lah..hehe).

I have nothing to contribute this time around. Tapi ingin saya nyatakan bahawa Al-Manar dan Mekyam remain among my favourite 'people' in blogsphere..

Selamat Menyambut Ramadan kepada Pak Cik sekeluarga..

Al-Manar said...

Kama

You may not see much comments from Almanar but I am a regular visitor to your site - strange enough since your writings ditanah suci dahulu. Bukanlah tak suci debelum itu!

Selamat berpuasa sekeluarga

Pakcik

mantan said...

Pak Cik,
Comment Mekyam yang bagus tu.
Banyak benda yang boleh dibincangkan tentang isu ini. Banyak teori yang berkaitan dgn gender menyebut tetang perbezaan gender eg. dari segi intelligent dan emotions.

Teori Holland dan Teori Gilligan banyak menyebut isu ini sehingga boleh dikaitkan dengan isu-isu feminism.

Memang banyak kajian yang boleh dijalankan berkaitan isu ini.

NORNADIRAH BINTI A GHANI said...

salam pak cik. isu ini memang menarik perhatian saya. Di sini saya ingin berkongsi apa yang saya pernah baca.
1. Pencapaian pelajar perempuan dari tahun 1996-1999 adalah lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam UPSR, PMR dan SPM dalam subjek Sains, English, BM dan Math. (KPM,2000)
2. Pelajar perempuan lebih positif dan memberi perhatian yang lebih serius kepada kerja-kerja sekolah berbanding pelajar lelaki (Halpern 1992)
3. Pada peringkat SPM prestasi pelajar lelaki lebih baik daripada prestasi pelajar perempuan bagi mata pelajaran yang berasaskan teknikal, seperti Lukisan Kejuruteraan dan Teknikal Kejuruteraan. Keadaan ini agak selari dengan dapatan kajian Busch (1995) yang mendapati pelajar lelaki lebih cekap dalam aplikasi komputer berbanding pelajar perempuan.
4.Pelajar perempuan, secara keseluruhannya lebih mengamalkan gaya pembelajaran "concrete sequential" dalam proses pembelajaran berbanding pelajar lelaki. Mereka lebih mengambil berat tentang tugas, melakukan kerja dengan teratur dan mengikut jadual serta mengikut arahan dengan teliti berbanding pelajar lelaki.
5. Pelajar perempuan juga lebih mengamalkan gaya pembelajaran "abstract sequential" berbanding dengan pelajar lelaki. Ini bermakna pelajar perempuan lebih memberikan perhatian kepada teori, hipotesis, penganalisisan, hal-hal akademik, berdisiplin dan mementingkan ilmu pengetahuan berbanding pelajar lelaki.
6.Pelajar perempuan berkecenderungan untuk mengambil tindakan yang lebih mendekatkan mereka dengan sekolah berbanding pelajar lelaki. Ini bermakna, jika keadaan persekitaran sekolah tidak memuaskan hati pelajar, pelajar perempuan akan mengambil tindakan yang positif dan terus belajar seperti biasa, manakalapelajar lelaki pula mengambil tindakan yang agak negatif seperti ponteng kelas,ponteng sekolah dan tidak memberi perhatian terhadap pelajaran.

Dalam konteks pendidikan Malaysia hari ini,saya berpendapat bahawa besarnya bilangan guru perempuan dan gaya pengajaran (mengikuti sukatan pelajaran secara lebih rigid) yang komplemen dengan gaya pembelajaran pelajar perempuan (abstract sequential dan concrete sequential)menyebabkan pelajar perempuan memperoleh kelebihan secara KEBETULAN.

selain itu, saya berpendapat bahawa penempatan pelajar perlu mengikut opsyen yang sesuai dengan minat mereka. Pelajar lelaki sepatutnya diberi peluang membuat pilihan untuk mengikuti mata pelajaran yang sesuai dengan minat mereka, contohnya dalam bidang teknikal dan kemahiran.Pihak sekolah TIDAK seharusnya menetapkan sesuatu aliran pengajian kepada pelajar kerana pelajar mungkin tidak berminat dengan aliran tersebut.

Anonymous said...

salam pak cik..
saya juga ingin berkongsi tentang isu ini contohnya pada tahun ini dalam kursus ukur tanah di utm, pelajar perempuan melebihi pelajar lelaki.tak pernah lagi dalam sejarah dalam kursus ini pelajar perempuan melebihi pelajar lelaki. isu ini juga ada dibincangkan oleh dalam kuliah saya.
Antara yang dibincangkan tentang wanita dalam kerja-kerja ukur di site yang biasanye dipelopori oleh lelaki dan wanita bekerja di office menguruskan data-data ukur ini. melihat isu ini tak mustahil satu hari nanti kerja-kerja di site ini di ambil oleh perempuan.
saya berharap pelajar lelaki lebih ramai pelajar yang menceburi lagi dalam course ini pada masa akan datang..

saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah pada bulan ramadhan kepada pak cik sekeluarga dan rakan-rakan pelajar al-manar..
dari: Amir Hamzah Othman

Al-Manar said...

Mantan,

Saya bergembira mendapat beberapa tindak-balas bersangkutan denaga ‘Apa akan jadi”. Mekyan, Makcik Maznah, Mantan dan Nornadirah telah memberi pandangan dari empat sudut yang berlainan; kepakaran dalam sains kemasyarakatan (wanita), anak perempuan kepada seorang ibu yang berkebolehan and datuknya yang berpandangan jauh (wanita), pakar dalam bidang pendidikan yang sudah bersara (lelaki) dan anak muda bakal menjadi pendidik (wanita). Ratio nya 3:1.
Kemaraan wanita dalam pelajaran tinggi melebihi lelaki tidak diaragui. Banyak sekali kajian yang telahpun dibuat dan disarankan. Saya rasa tak perlulah pihak berkuasa tidak putus membuat kajian. Rumusan sudah banyak, terpulanglah kepada pihak berkuasa (yang tetap akan membuat lebih banyak kajian YANG TERPERINCI), piha pihak lain yang bersangkutan, para pendidik dan akhirnya ibubapa sendiri. Soalan soalan samaada patutkah lelaki dan perempuan diasingkan diperingkat rendah, betulkah apa yang berlaku disekolah, umpamanya murid-murid tidak diberi membuat pilihan mata pelajaran yang mereka minat, dan pelbagai soalan akan tinggal soalan. Itu semuanya penting. Saya percaya dengan kepekaan kita sebagai individual, biarlah kita buat apa yang kita fakir terbaik untuk memberi menefaat kepada anak anak sehingga mereka mendapat peluang memanjat seberapa tinggi pokok buah yang mereka gemari.

Terima kasih cikgu dan selamat berpuasa.
Pakcik ……………
Nornadirah,

You were one of pakcik’s hopefuls at Almanar. You topped it all but, alas, you became a victim of our government’s sudden change in policy. You have been denied what you deserve, to have gone overseas and do what, Pakcik believe, you could have done well. However, soon you will be posted somewhere as a teacher. You have formed your own views on education. You even have your own blog in English (there is still room to do a bit of polishing!). Pakcik wish you all the best, as always, Nadirah. Teaching is a noble profession, no less than your lost dream. Itu takdir Illahi.
Pakcik

Al-Manar said...

Amir,

I am pleasantly surprised to see you visiting. So there will be more girls doing the job. But I understand you are specialising in sea surveying.Many girls cannot stand the thought of 'sharks'. So you are all right.
Datang jumpa bila balik kampong ya? Selamat berpuasa, Amir

Pakcik

Anonymous said...

Salam PakChik
Saya memang meminati tulisan PakChik dan sentiasa mengikuti kerja kerja mulia yang PakChik lakukan di Al-Manar. Dikesempatan ini saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada PakChik dan seluruh keluarga besar PakChik Sesungguhnya PakChik adalah
insan satu dalam sejuta.

mudaam

Al-Manar said...

Mudaam
Terima kasih tetapi tak usahlah pujian umum yang berlebihan – elok menerusi almanar@pd.jaring.my sahaja.
Salaam dan selamat berpuasa kepada Mudaam dan keluarga
Pak Chik ucapkan.

Rosnah said...

selamat berpuasa pak cik semoga pada bulan ini sama-sama kita mencari keberkatan dan mendapat sebanyak pengampunan dariNYA.

Al-Manar said...

Cikgu Rosnah

Sama samalah kita berdoa apa yang terbaik untuk kita dan keluarga semuanya

Pakcik

sharifah said...

selamat menyambut bulan ramadhan pak cik..

Al-Manar said...

Syarifah

Begitu joga selamat berpuasa kepada Syarifah. Come and see us when you are back on holiday.
Pakcik